Skip to main content

Epic Games Store bermula semalam telah menawarkan dua permainan untuk tawaran permainan percuma mereka iaitu Amnesia: A Machine for Pigs dan Kingdom New Lands. Ia boleh ditebus sehingga 22 Oktober 2020.

Amnesia: A Machine for Pigs merupakan permainan seram susulan kepada Amnesia: The Dark Descent di mana ia pada asalnya dibangunkan oleh The Chinese Room sebagai mod untuk permainan tersebut. Ia dikeluarkan untuk PC pada tahun 2013 sebelum turut tiba untuk PlayStation 4, Xbox One dan Switch sejak tahun 2016.

Kingdom New Lands pula merupakan permainan simulasi pembinaan empayar yang dibangunkan oleh Noio dan diterbitkan oleh Raw Fury sejak tahun 2016. Ia merupakan permainan susulan kepada Kingdom dan menyertakan pelbagai penambahan berbanding permainan pertama.

Pastikan anda menebus kedua-dua permainan tersebut sebelum tawaran berakhir, di mana selepas itu ia digantikan dengan dua permainan – Constume Quest 2 dan Layers of Fear 2.

Leave a Reply