OnePlus 8T Bakal Menerima Edisi Cyberpunk 2077

OnePlus sebelum ini telah mengumumkan model terbaru untuk telefon pintar mereka iaitu OnePlus 8T. Bersama dengan pengumuman tersebut, mereka juga memperacahkan yang OnePlus 8T juga akan menerima edisi Cyberpunk 2077. Video untuknya boleh ditonton di bawah.

Berdasarkan kenyataan OnePlus yang dikongsi di laman Weibo, OnePlus 8T edisi terhad Cyberpunk 2077 tersebut akan mula boleh di pra-tempah pada 4 November 2020, berkemungkinan besar untuk pasaran China sahaja.

Cyberpunk 2077 akan dikeluarkan pada 19 November untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini