Lanjutan daripada laporan Game Informer sepanjang bulan ini untuk permainan Marvel’s Spider-Man: Miles Morales, hari ini mereka memperlihatkan beberapa video baharu yang mempamerkan beberapa bentuk permainan yang akan tiba buat permainan tersebut.

Antara yang diperlihatkan salah satu misi yang mana Spider-Man berupaya untuk melakukan misi untuk menyelamatkan seekor kucing dan kemudian kucing tersebut akan menemani Spider-Man dengan berada di beg galas beliau. Menariknya, seperti yang anda tonton di video acah di atas, ketika Spider-Man melakukan serangan akhir, kucing tersebut juga turut akan melompat dan memukul penjahat.

Meskipun begitu, berdasarkan apa yang diperlihatkan kami percaya watak kucing (Kucing tersebut bernama Spider-Man), “Spider-Cat” tersebut hanyalah merupakan satu bentuk kostum sahaja dan tidaklah akan mengubah keseluruhan bentuk permainan ini.

Selain itu, Game Informer juga memperlihatkan satu video khas yang memperlihatkan bentuk bergayut dan juga interaksi bersama watak Spider-Man, Peter Parker.

Marvel’s Spider-Man: Miles Morales boleh dipra-tempah di mana ia boleh dibeli dengan harga RM209 untuk edisi biasa. Manakala edisi Ultimate yang menyertakan Marvel’s Spider Man Remastered hanya ditawarkan untuk Playstation 5, pemain yang membeli edisi biasa untuk PlayStation 4 akan menerima naik taraf percuma dan boleh membeli tambahan Ultimate Edition melalui pembelian di dalam permainan.

Sohor Kini