Skip to main content

Julai lepas, Sony memperlihatkan rekaan bekas permainan untuk konsol PlayStation 5 yang mana ia mempunyai rekaan seakan permainan PlayStation 4 tetapi hanya perubahan rekaan warna kepada warna putih.

Terkini, Randy Pitchford ketua pegawai eksekutif untuk Gearbox Software iaitu penerbit permainan PlayStation 5 akan datang Godfall, memperlihatkan kotak permainan tersebut secara nyata.

Seperti yang anda lihat di atas, kotak permainan tersebut masih lagi mengekalkan kotak biru yang sama dengan permainan PlayStation 4 sebelum ini tetapi hanya rekaan bahagian logo konsol sahaja kini berwarna putih.

Menariknya, di belakang kotak tersebut juga memaparkan ikon cakera Ultra HD Blu-Ray, sekaligus mengesahkan PlayStation 5 berupaya untuk membaca cakera Bluray yang bersaiz besar. Selain itu, bahagian belakang kotak tersebut juga memaparkan beberapa sokongan fungsi alat kawalan Dualsense iaitu fungsi getaran haptik dan fungsi picu.

Dari segi kandungan, edisi Ascended buat permaian Godfall kelihatan menyertakan beberapa kandungan bonus tambahan melalui kertas yang dicetak dengan kod untuk ditebuskan seperti permainan-permainan di konsol PlayStation 4.

Godfall akan dilancarkan pada 12 November 2020 ini di konsol PlayStation 5 dan PC melalui EPic Games Store.

Leave a Reply