Skip to main content

PUBG Corporation minggu ini akhirnya mengumumkan musim kesembilan untuk permainan PUBG di mana melalui kemaskini ini mereka akan menyertakan pelbagai kandungan baharu seperti peta baharu dan juga pas musim baharu.

Menurut PUBG Corporation, musim ini akan bermula 21 Oktober 2020 ini di PC, manakala di konsol ia akan bermula 29 Oktober 2020.

Salah satu kandungan baharu yang diumumkan adalah peta baharu, iaitu Paramo di mana ia mempunyai sistem peta dinamik atas sebab ia bertempatkan di kawasan lava. Oleh sebab itu, jika pemain memijak lava tersebut ataupun kenderaan pemain melalui kawasan tersebut, pemain akan tercedera dan mungkin akan mati.

Selain itu, peta ini juga akan menyertakan satu helikopter yang akan membawa kargo barangan yang pemain boleh dapatkan untuk mendapat kelengkapan dan senjata yang berkuasa.

Seperti biasa, pelancaran musim baharu ini juga akan menyertakan musim carta baharu bersama pas musim baharu. Pas musim baharu “Survivor Pass” kali ini akan bernama Highlands yang mana pemain boleh dapatkan pelbagai ganjaran seperti kostum dan sebagainya.

PUBG ataupun Player Unknown’s Battlegrounds telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan juga di PC melalui Steam. Bagi anda yang berminat, ia boleh dibeli dengan harga bermula RM75.

Leave a Reply