Antara fungsi menarik yang disertakan untuk konsol generasi baharu adalah anda boleh memilih bahagian permainan yang ingin dipasang. Melalui kemaskini terbaru untuk Call of Duty Modern Warfare, mereka membawa fungsi tersebut untuk PC.

Pemain kini boleh memilih untuk membuang bahagian kempen penceritaan yang menggunakan 34GB storan, bahagian multi-pemain yang menggunakan 42GB storan dan bahagian Spec Ops yang menggunakan 37GB storan. Namun, anda tidak boleh membuang Warzone.

Jika anda memilih untuk membuang kesemua bahagian tersebut, andai anda hanya bermain Warzone, ia akan menjimatkan lebih kurang 113GB storan ataupun boleh dikatakan ruangan untuk 1 hingga 2 permainan lain.

Call of Duty Modern Warfare dan Call of Duty Warzone sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini