Sniper Elite 4 Untuk Switch Tiba November Ini

Rebellion Developments akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran untuk Sniper Elite 4 bagi konsol Switch iaitu pada 17 November ini. Mereka sebelum ini sekadar mengumumkan ia akan tiba pada akhir tahun.

Permainan ini akan menyokong sesi permainan secara solo dan juga multi-pemain secara setempat dan secara dalam talian. Bagi versi Switch ia juga akan menyokong kawalan menggunakan Gyro dan juga HD Rumble.

Permainan ini akan menyertai Sniper Elite 2 Remastered serta Sniper Elite 3 yang sudah dikeluarkan untuk konsol mudah alih tersebut. Sniper Elite 4 sudah dikeluarkan sejak tahun 2017 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini