Ketika acara Level UP KL yang berlangsung bulan ini, AeonSparx Interactive iaitu pembangun tempatan yang kongsikan sebelum ini, turut memperlihatkan satu lagi permainan oleh mereka iaitu RaceRoom Mobile.

Bagi anda yang mengikuti arena permainan simulasi perlumbaan, anda pasti mengetahui berkenaan permainan RaceRoom di mana ia adalah permainan simulasi perlumbaan percuma di PC yang dibangunkan oleh Sector3 Studios.

Melalui versi permua ini, AeonSparx Interactive juga terlibat akan pembangunan permainan tersebut di mana mereka menghasilkan bentuk permainan berdasarkan kawalan secara masa. Semestinya konsep permainan ini agak berlainan dengan permainan perlumbaan lain, namun atas sebab ia adalah dibangunkan untuk peranti telefon pintar, kami sendiri berasa ia lebih sesuai untuk dimainkan sebegini.

Selain itu, permainan ini juga kelihatan akan menyertakan pelbagai bentuk perlumbaan dan pengubah-suaian kenderaan seperti permainan penuh di PC dengan pelbagai pelekat dan jenis kenderaan yang pemain boleh gunakan.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan namun bagi anda yang berminat, anda boleh mendaftar sesi beta khas melalui laman di bawah.

Daftar: Pra-Pendaftaran RaceRoom Mobile

Sohor Kini