Seperti yang dijanjikan oleh Cornfox & Bros sebelum ini, permainan Oceanhorn 2: Knights Of The Lost Realm untuk konsol Switch akhirnya menerima tarikh pelancaran rasmi di mana ia akan hadir di konsol hibrid tersebut pada 28 Oktober 2020 ini.
Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Oceanhorn 2: Knights Of The Lost Realm merupakan permainan aksi pengembaraan yang sering diperkatakan seakan permainan siri The Legend Of Zelda di mana ia memfokuskan pengembaraan dunia yang meluas dengan pertarungan secara 3 dimensi menggunakan pedang.
Menurut pembangun, pra-tempahan permainan akan bermula pada 21 Oktober ini di mana mereka akan menawarkan harga diskaun sebanyak 10% berbanding harga asalnya iaitu $29.99(~RM128).
Permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan secara di langganan Apple Arcade.