Sony Interactive Entertainment telah melancarkan kemaskini sistem operasi 8.00 untuk PlayStation 4 yang menyertakan pelbagai penambah-baikkan untuk pelbagai fungsi berlainan.
Antara kemaskini yang disertakan adalah berkait dengan Party dan Messages, di mana kedua-dua aplikasi tersebut akan berkongsi kumpulan yang sama untuk memudahkan pemain berkomunikasi.
Ia juga akan menyertakan sebilangan avatar baharu yang diambil daripada permaiann seperti Bloodborne, Journey, Ghost of Tsushima, God of War, The Last of Us Part II dan pelbagai lagi. Untuk sokongan sekuriti, anda kini boleh menggunakan Pengesahan 2-Langkah menggunakan aplikasi pihak ketiga.
Bagi aplikasi PS4 Remote Play di iOS dan Android pula, ia kini dipanggil sebagai PS Remote Play sebagai persedian untuk menyokong fungsi tersebut di PS5 apabila ia dikeluarkan kelak.
Kemaskini ini akan tiba dan dimuat turun secara automatik melainkan anda menutup fungsi tersebut ataupun anda menutup terus PS4.