Game Informer hari ini memperlihat satu video khas yang mana mereka mempertonton bahagian awal permainan Marvel’s Spider-Man: Miles Morales yang memperlihatkan ketua musuh pertama yang akan pemain tempuhi iaitu Rhino.

Menariknya, video tersebut juga memperlihatkan Spider-Man, Peter Parker yang mana juga akan bersama Miles untuk sekali lagi menyelamatkan bandaraya New York yang diserang oleh musuh.

Dengan laporan khas sepanjang bulan ini, Game Informer juga menjanjikan akan terdapat pelbagai lagi laporan-laporan lain berkenaan permainan ini, akan dikongsikan kelak.

Anda juga boleh melihat paparan skrin khas oleh mereka di bawah, di mana beberapa kostum baharu akhirnya diperlihatkan secara rasmi buat Spider-Man Miles.

Marvel’s Spider-Man: Miles Morales boleh dipra-tempah di mana ia boleh dibeli dengan harga RM209 untuk edisi biasa. Manakala edisi Ultimate yang menyertakan Marvel’s Spider Man Remastered hanya ditawarkan untuk Playstation 5, pemain yang membeli edisi biasa untuk PlayStation 4 akan menerima naik taraf percuma dan boleh membeli tambahan Ultimate Edition melalui pembelian di dalam permainan.

Sohor Kini