Xelo Games iaitu pembangun permainan daripada Indonesia hari ini mengumumkan yang mana mereka melancarkan demo khas buat permainan akan datang mereka iaitu Escape From Naraka.

https://www.youtube.com/watch?v=s6n7fUMwN30&feature=youtu.be

Escape From Naraka merupakan permainan 3D platformer pandang pertama yang memfokuskan elemen seram di mana pemain akan mengembara di satu kuel Bali di mana ia didiami oleh pelbagai jenis raksasa. Pemain perlu melarikan diri daripada raksasa-raksasa tersebut dan pada masa yang sama menyelesaikan tekaria untuk menyelamatkan diri mereka.

Menurut Xelo Games, permainan akan memfokuskan bentuk permainan mudah untuk dimainkan tetapi sukar untuk mahir. Mereka juga merancang untuk melancarkan permainan di konsol pada masa akan datang bersama dengan pelbagai kandungan DLC tambahan. Xelo Games juga menyatakan permainan ini juga menerima beberapa anugerah dan antara permainan 30 terbaik untuk tahun 2020 oleh Gameprime.Org dan 10 permainan terbaik untuk ke acara permainan indie Korea G-Start 2020.

Berdasarkan laman Steam permainan ini, ia akan tiba pada 16 Mac 2021 kelak. Bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan Escape From Naraka, anda boleh memuat-turun demo permainan ini secara percuma melalui Steam.

Sohor Kini