Skip to main content

Sega dan Two Point Studios mengumumkan penambahan baharu untuk permainan simulasi pengurusan hospital Two Point Hospital iaitu Culture Shock. Video pengumuman boleh ditonton di bawah.

Melaluinya, ia akan menyertakan kawasan baharu iaitu Plywood Studios di mana pemain akan membuka hospital khusus untuk industri hiburan seperti pelakon dan penyanyi. Ia juga akan menyertakan penyakit yang berkait seperti Stunt Trouble, Private Parts, Concertoes dan Writer’s Block.

Buat masa ini, ia hanya dilancarkan untuk Steam di mana anda boleh dapatkan dengan potongan harga sebanyak 10% iaitu RM20.70 sehingga 20 Oktober, harga asal adalah RM23. Bagi konsol, mereka akan umumkan kemudian.

Ulasan: Ulasan Two Point Hospital – Permainan Simulasi Hospital Yang Menyeronokkan

Leave a Reply