XCOM 2 Collection Bakal Tiba Di iOS Pada 5 November Ini

Feral Interactive hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membawa permainan strategi XCOM 2 Collection ke peranti iOS bermula 5 November 2020 ini. Menurut Feral Interactive, permainan tersebut akan dijual dengan harga $25.99(~RM107).

XCOM 2 Collection merupakan edisi lengkap buat permainan XCOM 2 yang telah pun dilancarkan di konsol dan PC beberapa tahun lepas. Melalui versi ini, ia akan menyertakan kesemua kandungan permainan yang telah dilancarkan termasuklah permainan asasnya.

Menurut Feral Interactive, permainan ini akan menyokong peranti iOS bermula iPhone 7 Plus, iPhone 8 Plus dan kesemua iPhone yang dilancarkan selepas iPhone X. Manakala di iPad pula, ia akan menyokong kesemua iPad Pro selepas 2017 dan iPad yang dilancarkan selepas tahun 2019.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini di iOS bermula bulan hadapan. Manakala bagi versi lain, ia telah pun dilancarkan di PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Sohor Kini