Sebelum ini, Capcom mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan edisi istimewa khas buat permainan Devil May Cry 5 di mana ia akan menyertakan beberapa penaik-tarafan dan juga mod baharu khas untuk konsol PlayStation 5 dan Xbox Series.
Menurut Capcom, versi digital permainan tersebut akan dilancarkan hari pertama konsol-konsol tersebut dilancarkan dan kini, Capcom akhirnya mengumumkan versi fizikal juga turut akan dilancarkan iaitu ia akan tiba pada 1 Disember 2020 ini.
Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Devil May Cry 5 Special Edition akan menyertakan pelbagai peningkatan grafik antaranya adalah sokongan ray-tracing, pemain juga mempunyai tiga pilihan kualiti permainan iaitu 4K/30FPS, 1080/60FPS ataupun mod High Framerate yang memberikan kelancaran 120FPS dengan resolusi lebih rendah. Selain itu, versi ini juga menjadikan watak Vergil sebagai watak yang boleh dimainkan. Menariknya bagi pemilik asal permainan ini, Vergil juga akan tiba sebagai DLC berbayar.
Manakala kandungan-kandungan yang telah dilancarkan sebelum ini seperti Bloody Palace juga akan tiba secara bersama termasuklah mod turbo baharu yang akan tingkatkan kelajuan permainan tersebut.
Devil May Cry 5 sebelum ini telah pun dilancarkan dan ia boleh dikatakan salah satu permainan aksi terbaik yang kami ulas sebelum ini. Melalui edisi khas ini, ia akan dilancarkan