Neowiz dan Round8 Studio hari ini mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan sesi beta tertutup buat permainan Bless Unleashed di PC pada 4 November 2020 ini.

Beta tersebut akan berlangsung selama 5 hari dan melaluinya, pemain berupaya untuk bermain permainan penuh sehingga ke peringkat 24. Menariknya, Neowiz juga umum buat pemain yang bermain sesi beta tersebut akan menerima barangan khas apabila permainan ini dilancarkan di PC menjelang tahun hadapan.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai beta tertutup tersebut, pendaftaran kini bermula dan kod untuk menebus sesi beta tersebut akan diberi bermula 30 Oktober 2020 ini dan pemain berupaya untuk memuat-turun klien permainan tersebut pada 4 November kelak.

Bless Unleashed merupakan permainan MMORPG dunia terbuka yang dibangunkan oleh Round8 Studio di mana ia sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol Xbox One. Pada 22 Oktober ini, permainan juga turut akan tiba di konsol PlayStation 4.

Bagi anda yang ingin mendaftar sesi beta tertutup tersebut, anda boleh ke pautan di bawah.

Daftar: Beta Tertutup Bless Unleashed

Sohor Kini