HBO dan BBC mengumumkan yang musim kedua untuk siri His Dark Material akan mula disiarkan di kedua-dua platform tersebut pada 16 November ini. Di Malaysia ia boleh didapati melalui Astro ataupun HBO Go Asia.

Musim kedua akan membawa kembali pelakon dari musim pertama seperti Dafne Keen, Ruth Wilson, Amir Wilson, Ariyon Bakare dan Andrew Scott akan kembali bersama dengan beberapa pelakon baharu seperti Terence Stamp, Jade Anouka dan Simone Kirby.

His Dark Material merupakan siri TV yang mengadaptasi novel berjudul sama Philip Pullman. Novel ini juga sebelum ini juga pernah menjadi filem The Golden Compass tetapi projek tersebut tidak diteruskan.

Sohor Kini