The Dark Pictures: Little Hope, iaitu permainan antologi seram seterusnya oleh Bandai Namco dan Supermassive Games akan dilancarkan secara rasmi pada penghujung bulan ini dan bersempena dengan itu, minggu ini Bandai Namco berkongsi dua video khas di sebalik tabir pembangunan permainan tersebut.

Melalui video tersebut, Bandai Namco berkongsi beberapa pembangunan permainan Little Hope secara rasmi seperti sesi lakonan rakaman pergerakan watak oleh Pinewood Studios termasuklah bagaimana setiap watak dilakonkan.

Menariknya, mereka juga memperlihatkan bagai pelakon menggunakan segala prop yang digunakan kemudian diterjemahkan secara digital termasuklah aspek-aspek cabang penceritaan yang akan tiba buat permainan tersebut.

The Dark Pictures: Little Hope akan tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 30 Oktober 2020 ini. Bagi anda yang ingin melihat ulasan permainan sebelum ini anda boleh melihat ulasan kami untuk The Dark Pictures: Man Of Medan di sini.

Sohor Kini