Selepas pelancaran watak daripada siri Avatar di permainan SMITE beberapa bulan lepas, hari ini Hi-Rez Studios dan Nickelodeon mengumumkan yang mana mereka akan membawa satu lagi francais Nickelodeon buat permainan tersebut iaitu Teenage Mutant Ninja Turtle.

Melalui kandungan ini, pemain berupaya untuk bermain sebagai empat adik-beradik penyu tersebut iaitu Leonardo, Raphael, Michelangelo dan Donatello. Keempat-empat watak tersebut akan menyertakan bentuk kemahiran berbeza bersama-sama dengan pelbagai kostum khas.

Bagi anda yang berminat, keempat-empat watak tersebut boleh dibeli melalui pas musim khas Teenage Mutant Ninja Turtles, yang mana turut menyertakan Emote, ganjaran tambahan lain dan sebagainya. Pas musim tersebut akan dilancarkan bulan hadapan dan informasi lanjut akan ditayangkan lewat pagi ini melalui saluran rasmi Twitch SMITE.

SMITE merupakan permainan multi-pemain arena percuma buat konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Sohor Kini