Skip to main content

Seperti yang dijanjikan oleh Microids sebelum ini, mereka kini akhirnya memperlihatkan video acah pertama untuk permainan seterusnya bagi siri Syberia iaitu Syberia: The World Before di mana ia dijadualkan untuk tiba di PC melalui Steam pada tahun hadapan.

Bersempena dengan pengumuman ini, Microids juga mengumumkan demo khas iaitu Syberia: The World Before Prologue boleh dicuba secara percuma melalui Steam.

Syberia: The World Before meletakkan pemain untuk bermain sebagai dua watak di waktu berbeza iaitu Dana Roze dan Kate Walker, watak asal dari siri Syberia. Permainan ini akan menyertakan lokasi yang luas dengan pelbagai tekaria menarik terutamanya buat mereka yang menyukai penceritaan misteri di dalam siri Syberia ini.

Kami akan mengemaskini informasi lanjut setelah ia diumumkan dan bagi anda yang ingin mencuba demo tersebut, anda boleh muat-turunnya secara percuma di bawah.

Muat-Turun: Demo Steam Syberia: The World Before Prologue

Leave a Reply