K/DA iaitu kumpulan K-Pop maya berdasarkan watak daripada League of Legends sebelum ini telah mengeluarkan lagu terbaru. Mereka juga akan mengeluarkan EP yang mengandungi lebih banyak lagu.
Bersempena dengan itu, Riot Games juga mengumumkan yang pelbagai kandungan berdasarkan K/DA akan tiba, bukan sahaja untuk League of Legends tetapi juga untuk permainan lain mereka iaitu Legends of Runeterra dan Teamfight Tactics.
League of Legends akan menerima kostum baharu untuk watak Ahri, Evelyn, Akali dan Kai’sa. Terdapat kostum Epic yang boleh ditebus menggunakan 1350RP. Kai’sa juga akan menerima kostum Prestige yang boleh ditebus menggunakan 2000 World Tokens.
Manakala watak baharu untuk League of Legends yang juga akan menyertai K/DA iaitu Seraphine menerima kostum Ultimate yang boleh ditebus dengan 3250RP.
Bagi Legends of Runeterra pula, ia akan menyertakan kad spell baharu berdasarkan ahli-ahli K/DA termasuk juga Seraphine. Pas Acara K/DA All Out juga akan diberikan secara percuma di mana pemain akan mendapat kesemua kad baharu, dan pemain boleh naik taraf pas dengan bermain untuk mendapatkan Guardians, emote dan juga hiasan kad berdasarkan K/DA.
Selain itu, akan disertakan juga mod masa terhad K/DA yang akan menyertakan lima dek terbina berdasarkan ahli K/DA dan juga Seraphine. Hiasan papan K/DA juga boleh didapati oleh pemain.
Untuk Teamfight Tactics pula, ia menyediakan kostum untuk Little Legends iaitu Featherknight, Hushtail, Squink, Furyhorn dan Lightcharger.
Kesemua kandungan ini akan tiba bermula pada 28 Oktober untuk setiap permainan. League of Legends sudah dikeluarkan untuk PC. Legends of Runeterra dan Teamfight Tactics sudah dikeluarkan untuk PC dan juga iOS serta Android.