Skip to main content

Tokusatsu merupakan salah satu genre siri adiwira bertopeng yang sangat terkenal di Jepun seperti siri Kamen Rider, Super Sentai dan Ultraman. Genre tersebut bukan sahaja mempunyai peminat di Jepun, malah seluruh dunia termasuk Malaysia dengan pelbagai siri-siri yang dilancarkan sehingga sekarang ini.

Terkini, Wiroes Studio, studio produksi tempatan mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan siri Tokasatsu mereka sendiri iaitu Mighty Knight Bayu.

https://www.youtube.com/watch?v=OME0JchdAAw&feature=youtu.be

Menurut Muhammad Zaid Fakhri iaitu pengasas bersama studio tersebut, mereka kini sedang menyiapkan episod pertama siri tersebut yang dirancang untuk ditayangkan pada penghujung tahun ini.

Untuk informasi lanjut berkenaan siri Mighty Knight Bayu, anda boleh tonton video di bawah di mana mereka menerangkan lebih terperinci berkenaan plot penceritaan siri ini termasuklah watak-watak yang akan tiba.

Anda juga boleh melayari Facebook rasmi atau Instagram rasmi Wiroes Studios untuk sebarang informasi lanjut.

Leave a Reply