The Outer Worlds Akan Tiba Di Steam 23 Oktober Ini

Obsidian Entertainment dan Private Division akhirnya akan melancarkan The Outer Worlds di Steam iaitu lebih kurang setahun selepas ia dikeluarkan secara eksklusif untuk PC di Epic Games Store dan Windows Store. Ia juga sudah dikeluarkan untuk PS4, Xbox One dan Switch.

Buat masa ini, ia masih tidak mempunyai harga akan tetapi di Epic Games Store ia berharga $44.99 (RM186). Mereka juga sebelum ini melancarkan penambahan baharu untuknya iaitu Peril on Gorgon, anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini ataupun melalui video di atas.

The Outer Worlds sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Sohor Kini