Riot Games telah mengumumkan secara rasmi musim ke-3 untuk permainan menembak kompetitif mereka Valorant, di mana mereka memanggil sebagai Act III.
Antara perubahan yang disertakan di dalam musim baharu ini adalah sistem matchmaking yang lebih baik, di mana pemain akan bertempur dengan pasukan yang mempunyai perbezaan tahap kepada 3 sahaja berbanding 6 sebelum ini. Ia akan memberikan sesi permainan yang lebih kompetitif.
Pemain juga kini boleh memilih pelayan sendiri untuk mempertingkatkan kualiti sambungan. Seperti biasa, musim baharu akan hadir dengan Battlepass sendiri, mereka mengatakan dengan perubahan kepada misi mingguan, kemajuan Battlepass akan menjadi lebih cepat.
Selain itu, mereka juga mengumumkan ejen baharu akan disertakan iaitu Skye yang mempunyai kebolehan untuk mengawal harimau dan burung helang, termasuk juga menyembuhkan rakan sepasukan. Berikut adalah kebolehan untuknya;
- Regrowth – AOE untuk penyembuhan
- Trailblazer – Mengawal harimau yang boleh memeningkan lawan
- Guiding Light – Mengeluarkan seekor burung helang yang dapat membutakan lawan
- Seekers – Melancarkan 3 seekers yang akan mencari tiga lawan, jika ia mendekati lawan ia juga akan menghalang pandangan.
Ejen Skye akan tiba lebih lambat berbanding dengan musim baharu, iaitu dijangka pada 27 Oktober 2020. Ini adalah kerana mereka ingin lebih masa untuk memastikan peta baharu iaitu Icebox dapat disertakan dengan tanpa masalah.
Mereka juga mengatakan yang kemaskini sebelum ini mempunyai pelbagai masalah, dengan memberi lebih masa sebelum menyertakan sesuatu yang baharu akan membantu mereka untuk menjadikan ia lebih baik.
Valorant sudah dikeluarkan untuk PC secara percuma.