Insomniac Games hujung minggu lepas mengumumkan yang mana permainan Marvel’s Spider-Man: Miles Morales kini sudah siap dibangunkan. Ini sekaligus permainan tersebut kini bersedia untuk dipasarkan di mana ia akana dilancarkan secara rasmi pada 12 November 2020 ini di konsol PlayStation 4 dan PlayStation 5.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Marvel’s Spider-Man: Miles Morales adalah permainan susulan selepas Marvel’s Spider-Man yang dilancarkan 2018 lepas.

Permainan ini kini boleh dipra-tempah di mana ia boleh dibeli dengan harga RM209 untuk edisi biasa. Manakala edisi Ultimate yang menyertakan Marvel’s Spider Man Remastered hanya ditawarkan untuk Playstation 5, pemain yang membeli edisi biasa untuk PlayStation 4 akan menerima naik taraf percuma dan boleh membeli tambahan Ultimate Edition melalui pembelian di dalam permainan.

Sohor Kini