Sonic the Hedgehog 2 Ditawarkan Percuma Di Steam

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-60 untuk Sega menawarkan permainan Sonic the Hedgehog 2 secara percuma yang boleh ditebus bermula sekarang sehingga 20 Oktober 2020. Ia adalah permainan klasik yang dikeluarkan pada 1992 untuk Sega Genesis sebelum di bawah ke platform terkini termasuk juga peranti pintar.

Selain itu, terdapat juga tawaran potongan harga untuk pelbagai permainan terbitan mereka. Antaranya adalah seperti berikut;

  • Catherine Classic – RM42.50
  • Bayonetta – RM10
  • Two Point Hospital – RM30
  • Persona 4 Golden – RM63.20
  • Yakuza 0 – RM21.25
  • Total War Three Kingdoms – RM106.35

Jualan Promosi ini juga adalah sehingga 20 Oktober, jika anda berminat jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya. Senarai penuh permainan boleh dilihat di pautan ini.

Sohor Kini