Skip to main content

Sony telah berkongsi lanjut mengenai fungsi keserasian belakang yang akan disertakan melalui konsol PlayStation 5. Mereka mengesahkan yang 99% daripada lebih 4 ribu permainan yang dilancarkan untuk PlayStation 4 menyokong fungsi tersebut. Berikut adalah cara untuk mengakses-nya;

Bagi permainan yang dibeli secara digital, pemain hanya perlu memuat turun permainan tersebut daripada perpustakaan permainan. Ia menyokong kedua-dua versi konsol iaitu PS5 dan PS5 Digital Edition.

Manakala untuk permainan yang dibeli secara fizikal, anda perlu menggunakan cakera untuk permainan versi PS4 sebelum dapat bermain-nya. Oleh itu, jika anda membeli PS5 Digital Edition anda tidak boleh mendapatkannya.

Melalui fungsi ini, permainan akan menerima peningkatan kualiti dan akan mengambil kelebihan yang akan hadir melalui PS5 yang lebih berkuasa. Namun, ia bergantung kepada pembangun untuk menyediakannya sama-ada secara percuma ataupun berbayar.

Fail simpanan juga boleh di-pindah, sama ada melalui pemindahan menggunakan LAN, WIFI dan juga storan luaran. Bagi pelanggan PS Plus anda boleh memuat turun melalui fail simpanan yang disimpan di awan. Sokongan ini juga bergantung kepada pembangun jadi tidak semestinya semua permainan akan menyokongnya.

Mereka juga mengatakan berkemungkinan kecil ada sesetengah permainan yang mempunyai masalah pada awal pelancaran konsol. Selain itu mereka juga akan menyatakan di PS Store permainan-permanian yang tidak menyokong fungsi keserasian belakang.

Leave a Reply