Bandai Namco hari ini mempertontonkan satu video khas yang memperlihatkan bentuk permainan Kamen Rider: Memory Of Heroez di mana melalui video tersebut, mereka memperlihatkan watak Kamen Rider Double.
Bagi bentuk permainan Kamen Rider Zero One dan Kamen Rider OOO, anda boleh menontonnya di saluran Bandai Namco Jepun.
Kamen Rider: Memory Of Heroez merupakan permainan aksi berdasarkan tiga siri adiwira Kamen Rider iaitu Kamen Rider W, Kamen Rider OOO dan Kamen Rider Zero One. Ia juga akan menyertakan penceritaan asli yang dibangunkan khas buat permainan ini.

Bandai Namco juga mengumumkan kandungan bonus khas buat mereka yang membuat pra-tempahan di mana pemain boleh dapatkan kesan efek pergerakkan khas. Selain itu, Bandai Namco juga mengumumkan kandungan khas untuk tingkatkan lagi jumlah stamina dan nilai pengalaman pemain.

Selain daripada edisi biasa, Bandai Namco juga umum edisi khas Premium Sound di mana ia menyertakan muzik latar dan koleksi karya digital. Bagi edisi biasa, ia boleh dipra-tempah dengan harga RM209 di PSN Store. Manakala edisi Premium Sound, ia dijual dengan harga RM389.
Kamen Rider: Memory Of Heroez akan tiba di konsol PlayStation 4 dan Switch pada 29 Oktober 2020 ini.