Dengan pelancaran permainan Pikmin 3 Deluxe pada penghujung bulan ini, Nintendo hari ini melancarkan satu demo khas buat pemain untuk mencuba permainan secara percuma.
Melalui demo tersebut, pemain berupaya untuk bermain bahagian awal permainan tersebut termasuklah keupayaan untuk bermain misi khas bersama pemain kedua. Menariknya, jika anda membeli permainan penuh apabila ia dilancarkan kelak, segala kemajuan dari versi demo turut akan di bawa ke permainan penuh.
Selain itu, Nintendo juga umum kandungan khas mod cabaran “Ultra-Spicy” turut akan tiba di versi penuh jika anda menewaskan ketua musuh pertama yang terdapat di dalam versi demo ini.
Pikmin 3 asalnya merupakan permainan yang dilancarkan di konsol Wii U beberapa tahun lepas dan kini melalui versi Deluxe ini akan menyertakan kesemua DLC yang dilancarkan sebelum ini dan pada masa yang menyertakan pelbagai kandungan baharu seperti misi tambahan dan juga mod koperasi khas.
Beberapa hari lepas, Nintendo juga berkongsi bentuk permainan Pikmin 3 Deluxe melalui acara Nintendo Treehouse. Bagi anda yang berminat, anda boleh ke Nintendo eShop, untuk memuat-turun demo Pikmin 3 Deluxe.