Bagi anda yang menyukai permainan pertahanan hidup, anda mungkin berminat dengan permainan seterusnya oleh Team 17 iaitu The Survalist di mana ia dilancarkan secara rasmi hari ini di konsol PlayStation 4, Xbox One dan Switch.
Manakala versi PC akan tiba esok melalui Steam dan bagi anda yang melanggan Apple Arcade, anda juga turut berupaya untuk bermainnya hari ini.
The Survivalist merupakan permainan pertahanan hidup yang bertempatkan di dunia yang sama The Escapists. Melalui permainan ini, pemain akan bangun di pulau terbiar dan pemain perlu mengembara dan mempertahankan hidup di pulau tersebut. Menariknya, permainan ini boleh dimainkan secara solo ataupun secara multi-pemain koperasi.
Jadi bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan ini di platform pilihan anda.