Skip to main content

Western Digital hari ini mengumumkan beberapa produk baharu untuk barisan produk Western Digital Black storan SSD mereka di mana ia memfokuskan penggunaan permainan video.

Salah satu produk yang diumumkan adalah NVMe SSD PCIe Gen 4 M.2 Gen 4 iaitu jenis storan SSD yang boleh digunakan bersama konsol PlayStation 5. SSD tersebut bernama SN850 dan ia berupaya untuk membaca data sehingga 7GB sesaat dan menulis sehingga 4.1GB sesaat, sekaligus lebih pantas dari SSD khas di konsol PlayStation 5.

Melalui jadual di atas, Western Digital jelas memperlihatkan yang mana SSD SN850 akan menyokong dan serasi bersama konsol PlayStation 5 sekaligus kita mungkin boleh lihat anggaran harga untuk meningkatkan storan konsol tersebut di mana melalui senarai harga yang ditetapkan oleh Western Digital, ia akan bermula:

  • 500GB – $149.99(~RM623)
  • 1000GB – $229.99(~RM960)
  • 2000GB – $449.99(~RN1870)

Buat masa ini, harga rasmi bagi pasaran Malaysia masih belum diumumkan. Namun dengan apa yang diperlihatkan di atas, kita sudah boleh meramal harga pasaran untuk storan SSD dan semestinya ia adalah satu perbelanjaan yang tinggi.

Leave a Reply