Netflix hari ini akhirnya mempertontonkan video acah pertama untuk siri baharu aksi-nyata berdasarkan manga terkenal oleh Haro Aso, iaitu Alice In Borderland. Menurut Netflix, siri ini akan tiba secara global pada 10 Disember 2020.
Seperti yang yang dinyatakan di atas, Alice In Borderland merupakan siri Manga oleh Haro Aso di mana siri adaptasi aksi-nyata ini diarah oleh Shinsuke Sato. Siri ini akan dibintangi oleh Kento Yamazaki, Tao Tsuchiya dan akan mempunyai sejumlah 8 episod.
Alice In Borderland memfokuskan watak Arisu di mana beliau bersama rakan-rakannya terperangkap di dunia Tokyo, Jepun tanpa penduduk lain. Disitu, beliau perlu melakukan beberapa ‘permainan’ untuk meneruskan hidup di mana jika mereka kalah, mereka akan kehilangan nyawa.
Siri Manga Alice In Borderland ini semestinya salah satu siri manga kesukaan saya sendiri dan dengan tibanya di sebagai satu siri aksi-nyata, sebagai peminat saya ingin melihat bagaimana Netflix akan hasilkan keseluruhan siri ini di dalam sejumlah 8 episod sahaja.
Alice In Borderland akan tiba di Netflix pada 10 Disember 2020 ini.