Variety telah melaporkan yang Erik Barmack melalui syarikat produksi beliau Wild Sheep akan bekerjasama dengan Warhorse Studio untuk menerbitkan adaptasi aksi-nyata bagi permainan Kingdom Come: Deliverance. Buat masa ini tidak disahkan jika ia adalah siri ataupun filem.
Kingdom Come: Deliverance memfokuskan kepada era medieval, di dalam permainan ia memfokuskan kepada watak Henry semasa peperangan di Bohemia selepas mangkatnya Raja Charles IV. Anda boleh baca ulasan kami untuknya di pautan ini; Ulasan Kingdom Come: Deliverance – Permainan Baik Yang Memerlukan Banyak Penambah-baikkan.
Buat masa ini mereka masih mencari pengarah dan juga penulis. Erik Barmack dan Wild Sheep sebelum ini juga telah dilaporkan akan menerbitkan filem aksi-nyata berdasarkan permainan Yakuza. Warhorse Studios dan Kingdom Come; Deliverance merupakan sebahagian daripada THQ Nordic selepas mereka diambil-alih pada tahun lepas.