Melalui laporan Gamesradar, Square-Enix menyatakan yang mana asas pembangunan permainan Final Fantasy XVI kini sudah pun selesai.

Kenyataan tersebut adalah berdasarkan senarai jawatan di laman Square-Enix yang mana mereka kini sedang memfokuskan kandungan permainan yang lebih meluas dan mengembangkan lagi permainan tersebut. Senarai tersebut juga menyatakan yang mana Square-Enix mencari staf untuk melengkapkan lagi dunia Final Fantasy XVI dan kebanyakan staf mereka yang sedia ada sedang bekerja dari rumah.

Sebelum ini, Naoki Yoshida iaitu penerbit permainan Final Fantasy XVI juga menyatakan yang mana mereka akan melancarkan laman acah khas buat permainan tersebut pada penghujung bulan ini.

Semestinya buat masa ini sebarang tarikh pelancaran permainan tersebut masih belum diumumkan dan berdasarkan apa yang dikongsikan, kita mungkin akan bermain Final Fantasy XVI lebih awal berbanding apa yang kita sangkakan dan Jason Schreier dari Bloomberg juga menyatakan permainan ini sudah pun mula dibangunkan sekurang-kurangnya sejak empat tahun lepas.

Final Fantasy XVI sebelum ini diumumkan ketika acara PlayStation 5 dan ia akan tiba di konsol tersebut. Ia diarah oleh Hiroshi Takai dan diterbitkan oelh Naoki Yoshida, iaitu penerbit yang terlibat dengan pembangunan Final Fantasy XIV.

Sohor Kini