Ubisoft hari ini mengumumkan yang mana mereka akan mengemaskini permainan For Honor dengan penaik-tarafan percuma buat konsol PlayStation 5 dan Xbox Series di mana ia akan tingkatkan pelbagai tetapan visual.
Menurut Ubisoft, penaik-tarafan ini akan dikemaskini secara terus dan percuma buat semua pemilik permainan For Honor di konsol PlayStation 4 dan Xbox One ke konsol generasi seterusnya seperti peningkatan visual pantulan air, bayangan, tekstur dan sebagainya. Ubisoft juga mengesahkan PlayStation 5 dan Xbox Series X akan menerima sokongan resolusi 4k. Manakala Xbox Series S akan kekal resolusi 1080p. Segala kemajuan pemain juga akan terus di bawa ke konsol generasi seterusnya secara bersama.
Menariknya, penaik-tarafan ini juga akan menyertakan sokongan kadar bingkai sesaat sebanyak 60FPS di mana ia akan dikemaskini sekitar bulan DIsember ini, bersempena kandungan musim keempat dan tahun keempat permainan tersebut.
For Honor merupakan permainan aksi perlawanan yang memfokuskan pelbagai pendekar berdasarkan pelbagai tamadun. Ia memfokuskan bentuk multi-pemain dan telah pun dilancarkan pada 2017 lepas di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. Sejak ia dilancarkan, Ubisoft telah melancar pelbagai kandungan dan ia kini sudah pun memasuki kandungan musim tahun ketiga.