Seperti diumumkan pada minggu lepas, Epic Games Store menawarkan dua permainan percuma untuk tawaran mingguan mereka iaitu Abzu dan Rising Storm 2: Vietnam yang boleh ditebus sehingga 15 Oktober 2020.

Abzu adalah permainan pengembaraan di mana pemain akan menjadi seorang penyelam dan akan dapat mengembara di dasar laut. Ia dibangunkan oleh Giant Squid Studios dan diterbitkan oleh 505 Games untuk PlayStation 4, Xbox One Switch dan PC.

Rising Storm 2: Vietnam pula adalah permainan strategi menembak sudut pandangan pertama. Ia memfokuskan bentuk permainan secara multi-pemain di dalam talian. Dibangunkan oleh Antimatter Gamed dan Tripwire Interactive untuk PC.

Manakala pada minggu depan pula, Epic Games Store akan menawarkan Amnesia: A Machine for Pig dan Kingdom New Lands sebagai permainan percuma.

Sohor Kini