Skip to main content

Team 17 hari ini mengumumkan yang Worms Rumble akan dikeluarkan pada 1 Disember 2020 untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan juga PC melalui Steam.

Seperti diumumkan sebelum ini, ia adalah merupakan permainan pertempuran Royale baharu berdasarkan siri Worms di mana kali ini ia memfokuskan bentuk pertempuran secara masa nyata sebanyak 32 pemain serentak.

Selain itu, mereka juga mengumumkan sesi beta terbuka akan bermula pada 6 November hingga 8 November secara percuma untuk pelanggan PS Plus di PS4 dan PS5, dan untuk semua di PC.

Apabila ia dilancarkan kelak, Worms Rumble akan menyokong fungsi rentas platform di antara PS4, PS5 dan juga PC.

Leave a Reply