Young Horses hari ini mengumumkan yang Bugsnax telah siap dibangunkan dan permainan tersebut akan dilancarkan pada 12 November 2020 untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC melalui Epic Games Store.
Selain itu, mereka juga berkongsi mengenai senarai pelakon suara untuk watak-watak yang disertakan di dalam permainan ini. Ia menyertakan pelakon seperti Yuri Lowenthal iaitu Peter Parker di dalam Marvel’s Spider-man serta Fryda Wolff iaitu Loba di dalam Apex Legends.
Senarai penuh adalah seperti berikut;
Bugsnax merupakan permainan pengembaraan pandang pertama yang mana pemain akan mengembara di kepulauan Snaktooth yang mana ia didiami oleh makhluk separuh serangga separuh snek.
Sebagai seorang wartawan, pemain perlu memburu dan menangkap pelbagai jenis makhluk Bugsnax dan pada masa yang sama membantu perkampungan di pulau tersebut dengan pelbagai watak yang akan meminta bantuan pemain.