Rambo Diumumkan Sebagai Watak Seterusnya Untuk Mortal Kombat 11

NetherRealm Studios hari ini telah mengumumkan Mortal Kombat 11 Ultimate yang akan dikeluarkan pada 17 November ini untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC.

Melaluinya, ia akan menyertakan permainan asas, penambahan Aftermath, Kombat Pack 1 dan baru diumumkan Kombat Pack 2 yang akan menyertakan tiga watak iaitu Mileena, Rain dan juga John Rambo yang akan disuarakan oleh Sylvester Stallone sendiri.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang pemilik Mortal Kombat 11 akan menerima naik taraf percuma ke PlayStation 5 atau Xbox Series X. Ia akan menyertakan resolusi 4K, visual yang lebih berkualiti, skrin pemuatan yang lebih pantas dan juga sokongan rentas-generasi.

Sesi pra-tempah untuk Mortal Kombat 11 Ultimate dan Kombat Pack 2 akan bermula pada 15 Oktober.

Sohor Kini