Thatgamecompany telah mengumumkan yang permainan mudah alih Sky: Children of the Light mereka telah dimuat turun sebanyak 50 juta kali dan mereka mengatakan jumlah tersebut banyak dibantu oleh pemain di Android di mana ia tiba pada bulan April lepas.
Ia telah dikeluarkan untuk iOS sejak tahun lepas di mana telah dinobatkan sebagai permainan mudah alih terbaik di iPhone untuk tahun 2019. Jumlah 50 juta ini memperlihatkan peningkatan sebanyak 30 juta berbanding bulan Mac lepas.
Selain itu, mereka juga mengumumkan yang musim baharu untuknya iaitu Season of Prophecy kini bermula. Ia akan menyertakan kawasan serta cabaran baharu.
Sky: Children of the Light ada percuma untuk dimulakan tetapi memerlukan pembelian di dalam permainan ini untuk tambahan kandungan.