Hakim Gonzales Rogers minggu ini telah menetapkan yang kes Apple dan Epic Games mengenai pembuangan Fortnite daripada App Store dan juga penggunaan perkhidmatan pembayaran secara terus akan dibicarakan pada 3 Mei 2021.

Seperti yang diminta oleh Apple dan Epic Games secara bersama, pembicaraan tersebut akan dihakimi oleh beliau sendiri dan bukan di depan juri. Buat masa ini, Gonzales Rogers, memberi bacaan awal yang Apple berhak untuk membuang Fortnite dari App Store kerana Epic Games melanggar polisi secara sengaja.

Kes Apple dan Epic Games ini bermula apabila Epic Games menyertakan pembayaran secara terus di dalam Fortnite untuk iOS dan Android. Tidak lama selepas itu, Apple dan Google membuang aplikasi Fortnite daripada App Store dan Play Store.

Sohor Kini