Siri TV Snowpiercer adalah siri olahan semula dari filem asal oleh Bong Joon-Ho. Idea asal filem ini adalah dari novel Perancis, Le Transperceneige. Untuk siri TV ia mempunyai 10 episod sahaja dan adalah sangat berbeza dengan filem, tetapi mempunyai penyampaian cerita yang lebih menarik. Watak paling misteri adalah Mir. Wilford, yang mana menyembunyikan diri sepanjang musim pertama dan hanya video acah musim kedua sahaja memperlihatkan kemunculan beliau.

Watak ini dilakonkan oleh Sean Bean (Eddard ‘Ned’ Stark dalam Game of Thrones). Jelas sekali Mr. Wilford adalah watak yang jahat dan kejam. Tetapi bagaimanakah kekejaman beliau? Beberapa imej beliau dari adegan musim kedua telah diperlihatkan. Sekilas pandang beliau dilihat cuba menjadi “baik” atau memanipulasi mereka yang tidak bersalah.
Musim kedua masih lagi dalam proses penggambaran. Tetapi menurut sumber, ia sudah pun hampir selesai. Kita mungkin akan menerima video acah baru tidak lama lagi. Kemudian ada kemungkinan juga tarikh siaran akan diumumkan. Sama-sama kita nantikan.