Skip to main content

Setelah melancarkan permainan John Wick Hex pada bulan Mei lepas di konsol PlayStation 4, hari ini Bithell Games dan Good Shepherd Entertainment mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan tersebut di konsol Xbox One, Switch dan juga Steam pada 5 Disember 2020 ini.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan ini memfokuskan bentuk pertempuran aksi strategi yang mana ianya mempunyai elemen Gun-Fu yang sangat mendalam.

Dari segi penceritaan, Lionsgate Games mengesahkan bahawa permainan ini akan mengembangkan daripada penceritaan asal filem dan ia akan mempunyai penceritaan asli yang dihasilkan khas buat permainan ini.

Bagi anda yang berminat, selain konsol PlayStation 4, permainan ini telah pun dilancarkan di PC melalui Epic Game Store. Bagi versi konsol lain dan Steam, anda boleh dapatkannya menjelang Disember ini.

Leave a Reply