Seperti diumumkan sebelum ini, The Steam Game Festival kembali lagi untuk musim luruh. Melaluinya, terdapat ratusan demo permainan yang boleh dicuba oleh pemain secara percuma. Ini juga termasuk permainan-permainan yang tidak dilancarkan lagi.

Daripada ratusan permainan tersebut, terdapat juga permainan yang dibangunkan oleh pembangun Malaysia, antaranya adalah Cramped Room of Death iaitu permainan yang dibangunkan oleh Hafiz Mohd Rahman melalui studio beliau Wombatman Games.

Ia merupakan permainan pengembaraan tekaria dengan elemen dungeon crawler. Mereka sebelum ini telah menerima geran Digital Content Creator Challenge anjuran MDEC dan dijangka akan tiba pada Februari 2021.

The Steam Game Festival ini akan berlangsung bermula pada 8 Oktober dan berakhir pada 14 Oktober, namun berkemungkinan besar sesetengah permainan akan menawarkan demo percuma lebih lama daripada tarikh tersebut. Anda boleh ke pautan ini untuk senarai penuh permainan.

Sohor Kini