Blair Witch Versi Realiti Maya Akan Tiba Hujung Bulan Ini

Bloober Team telah mengumumkan Blair Witch: Oculus Quest Edition iaitu versi realiti maya untuk permainan Blair Witch yang dikeluarkan pada tahun lepas. Buat masa ini, ia hanya akan tiba untuk set kepala VR Oculus Quest sahaja pada 29 Oktober ini.

Ia dibangunkan khusus untuk dimainkan secara realiti maya tetapi mengekalkan penceritaan untuk permainan asal. Mereka juga mengumumkan ia akan tiba untuk set realiti maya lain pada satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Sohor Kini