EDENS ZERO iaitu siri manga yang sangat terkenal oleh Hiro Mashima yang mana turut menghasilkan siri Fairy Tail dan Rave Monster, kini disahkan akan menerima dua permainan video khas.
Menurut Konami, EDENS ZERO akan menerima dua jenis permainan iaitu permainan aksi RPG buat konsol dan juga permainan mudah-alih (Permua) di peranti telefon pintar. Akan tetapi, buat masa ini informasi lanjut berkenaannya masih belum diumumkan.
Selain daripada itu, seperti yang dilaporkan sebelum ini, EDENS ZERO juga disahkan akan menerima siri anime khas yang akan mula ditayangkan tahun hadapan.