Skip to main content

Sebelum ini kami berkongsi permainan elemen Metroidvania oleh 505 Games iaitu Horace akan dilancarkan di konsol Switch dan kini, mereka akhirnya mengumumkan tarikh rasminya iaitu ia akan tiba pada 21 Oktober ini.

Horace merupakan permainan pengembaraan platformer yang diinspirasikan berdasarkan bentuk Metroidvania yang terkenal di mana pemain akan diberi pelbagai cabaran seperti perlu menewaskan musuh yang kuat dan juga menyelesaikan tekaria yang sangat mencabar.

Permainan ini dibangunkan oleh Paul Helman dan Sean Scaplehorn di mana penceritaannya memfokuskan penceritaan yang berkait rapat dengan pembangun tersebut ketika beliau mula membangunkan permainan tersebut.

Permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di PC melalui Steam dan bagi anda yang bermiant untuk bermainnya di Switch, anda boleh berbuat demikian menjelang 21 Oktober ini.

Leave a Reply