Skip to main content

Konsol Switch boleh dikatakan satu konsol yang sangat terkenal di mana pelbagai syarikat sering mengeluarkan pelbagai jenis aksesori buat konsol tersebut.

Terkini, PDP iaitu satu syarikat yang sangat terkenal dengan aksesori permainan video mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan satu lagi alat kawalan baharu buat konsol Switch, iaitu “Little Wireless Controller.

Menurut PDP, alat kawalan ini telah pun dilancarkan awal bulan ini di mana ia berharga $49.99(~RM207). Menariknya, alat kawalan ini bukan sahaja lebih kecil ebrbanding alat kawalan rasmi Nintendo Switch Pro Controller, malah ia juga menyokong pelbagai fungsi seperti kawalan secara pergerakan dan juga nirwayar.

PDP juga menyatakan alat kawalan ini akan menyokong ketahanan bateri sehingga 40 jam dan bagi anda yang berminat, anda boleh ke laman rasmi alat kawalan ini untuk menempahnya.

Leave a Reply