Skip to main content

Bagi anda yang meminati siri visual novel Steins;Gate, anda mungkin berminat dengan permainan seterusnya oleh 5pb iaitu pembangun siri permainan tersebut, dengan permainan baharu mereka iaitu Robotics;Notes.

Robotics;Notes memfokuskan bentuk permainan visual novel, seperti permainan sebelum ini oleh 5pb, ia memfokuskan elemen misteri dan melalui permainan ini, pemain akan bermain sebagai Kaito Yashio bersama kelab robot di sekolah beliau.

Robotics;Notes sebelum ini telah pun dilancarkan di pasaran Jepun di mana minggu ini, versi global buat permainan tersebut akhirnya akan dilancarkan secara rasmi di konsol PlayStation 4, Switch dan juga PC pada 13 Oktober 2020 ini. Menariknya

Menariknya, pelancaran ini juga akan menyertakan dua permainan siri tersebut iaitu Robotics;Notes Elite dan Robotics;Notes DaSH, di mana ia Robotics;Notes DaSH merupakan sekuel kepada Elite di mana ia menyertakan watak Daru dari siri Steins;Gate.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan permainan menjelang minggu hadapan di platform pilihan anda.

Leave a Reply