Netflix hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan siri anime baharu berdasarkan raksasa Godzilla iaitu Godzilla Singular Point menjelang 2021 ini.

Menurut Netflix, siri tersebut akan diarah oleh Atsushi Takahasi di mana beliau terkenal dengan sebagai pengarah Blue Exorcist, Doraemon The Movie dan sebagainya.

Menariknya, anime tersebut juga disahkan akan dihasilkan oleh studio produksi BONES dan Orange yang mana mereka akan menyertakan illustrasi lukisan bersama visual grafik komputer.

Semestinya ini bukan kali pertama Netflix membawa raksasa Godzilla sebagai satu siri animasi di mana sebelum ini mereka juga melancarkan filem trilogi Godzilla yang mana sudah pun ditayangkan di Netflix.

Buat masa ini, informasi lanjut berkenaan siri ini masih belum diumumkan termasuklah sipnosis penceritaan. Namun imej rasmi watak siri tersebut diperlihatkan di kenyataan rasmi Netflix di atas.

Sohor Kini